-->

Terkejut tengok bil elektrik RM2,000! selepas guna aircond 16’C setiap hari

Musim panas yang melanda negara baru-baru ini telah menyebabkan penggunaan pendingin hawa atau aircond meningkat secara drastik. Walaupun ramai yang tahu penggunaan aircond akan menyebabkan bil elektrik meningkat, namun keperluan untuk keselesaan di rumah menjadi keutamaan.

Seorang wanita bernama Rose Tiara baru-baru ini berkongsi di Facebook mengenai bil elektriknya yang meningkat secara mendadak disebabkan penggunaan aircond yang hampir 24 jam sehari. Menurutnya, bil elektriknya lebih mahal daripada ansuran rumahnya.

“Bil elektrik semasa ditambah dengan tunggakan adalah RM5,000. Bil sebulan (semasa) adalah RM2,000. Jadi RM5,000 itu sekali tunggakan, bukan sebulan RM5,000,” katanya.

Di ruangan komen, ada netizen yang menyarankan beliau menetapkan tahap kesejukan pada 24 hingga 26’C. Namun, beliau lebih gemar menetapkan tahap kesejukan pada paras terpaling minimum.

“Yang suruh set aircond 24=26 tu, terima kasih. Tapi saya takkan buat, saya akan tetap set 16’C sebab saya memang nak maksimum sejuk. Tak apa, saya tetap akan bayar saja berapa bilnya pun. Saya akan bekerja keras,” ujarnya.

Difahamkan, Rose juga telah mendaftar dengan Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) untuk pemasangan sistem solar, sebagai alternatif untuk mengurangkan bil elektrik bulanan.

“Dah settle register dengan SEDA. Tunggu nak bayar habis dan pasang. Semoga bil elektrik TNB RM1 sahaja selepas ini,” katanya.

Penggunaan aircond yang berlebihan boleh menyebabkan bil elektrik meningkat secara mendadak. Oleh itu, adalah penting untuk kita semua menggunakan aircond dengan bijak dan mencari alternatif lain untuk menjimatkan tenaga.

The post Terkejut tengok bil elektrik RM2,000! selepas guna aircond 16’C setiap hari appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar