-->

Lelaki tertinggal kunci di Terengganu, netizen dakwa hanya content?

Dalam kesibukan melakukan persiapan untuk kembali ke rumah masing-masing selepas bercuti menyambut hari raya di kampung, adakalanya kita tertinggal barang penting seperti kunci rumah, yang pastinya akan menambahkan tekanan.

Beberapa hari lalu, seorang TikToker berkongsi pengalaman beliau yang tertinggal kunci rumah di kampung, setelah menempuh perjalanan selama 18 jam dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Jasad baru sampai di Kuala Lumpur selepas 18 jam memandu, kunci rumah pula tertinggal di Kuala Terengganu,” katanya dalam video tersebut yang juga menunjukkan dia hanya mampu termenung memikirkan nasib yang menimpanya.

Di ruangan komen, ramai netizen bersimpati dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman bahawa mereka pernah mengalami nasib yang sama.

Ditemubual stesen radio?

Semalam, stesen radio swasta telah menemubual TikToker berkenaan mengenai insiden itu. Menurutnya, kunci rumahnya tertinggal dalam seluar selepas mandi dan terlupa mengambil kunci itu semula sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam keadaan yang terpaksa, lelaki berkenaan mengakui dia terpaksa memasuki rumah melalui tingkap, sementara menunggu rakannya di Terengganu yang kebetulan mahu pulang ke Kuala Lumpur, membantu membawa kunci rumahnya.

Hanya konten semata-mata?

Namun, apa yang menariknya, di ruangan komen ada beberapa netizen memaklumkan video tular itu sebenarnya hanyalah konten semata-mata. Malah, ada yang mendakwa lelaki berkenaan menetap di Terengganu, bukannya di Kuala Lumpur.

The post Lelaki tertinggal kunci di Terengganu, netizen dakwa hanya content? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar