-->

‘Bergolek kitorang dalam kereta!’ – 2 kenderaan nyaris kemalangan gara-gara pemandu mengundur di lebuhraya

Tindakan seorang pemandu Proton Saga dengan nombor pendaftaran AGK 4966 yang cuba mengundur kerana terlepas susur keluar dari lebuhraya, mengundang bahaya dan nyaris menyebabkan kemalangan.

Menurut pemilik video, Eazy Izzuddin berkata, kejadian itu berlaku pada Hari Raya pertama 2023 di Lebuhraya Ipoh. Video tersebut baru dikongsikan pada tahun ini sebagai pengajaran dan iktibar kepada semua pengguna jalan raya.

“Bayangkan scary dia macam mana nak mengelak kena langgar dengan kelajuan 80 kmj-90 kmj. Autonomous Emergency Braking (AEB) dan Advanced Driving Assist System (ADAS) Proton X50 Flagship memang membantu.

“Adik aku dah triggered kereta depan. Kau dah terlepas simpang, nak reverse masuk simpang. Siap bagi isyarat tangan suruh reverse.

“Aku dekat belakang dah gelabah dan blur. Hampir sipi-sipi nak langgar kereta family. Nasib baik ada AEB dan ADAS, auto mengelak pelanggaran kereta.

“Bergolek kitorang dalam kereta. Serius masa ini dah redha kena langgar. Alhamdulillah syukur ada AEB dan ADAS Proton Flagship. Tahu-tahu steering bergerak sendiri dan brake emergency,” katanya.

Walaupun situasi tersebut amat berbahaya, pemandu Proton Saga tersebut masih enggan mengalah dan berterusan mengundurkan kenderaannya.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial dan netizen menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemandu tersebut.

The post ‘Bergolek kitorang dalam kereta!’ – 2 kenderaan nyaris kemalangan gara-gara pemandu mengundur di lebuhraya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar