-->

‘Tak boleh brain, meleleh taik telinga’ – Komposer kritik persembahan The Gadys

Baru-baru ini, kumpulan The Gadys membuat persembahan secara live menerusi saluran TV2 (RTM) di acara KNKV Viral Award 2024. Anggota kumpulan tersebut adalah Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan.

Walaupun persembahan itu sudah berlalu seminggu yang lalu, video persembahan mereka kembali tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah, kualiti vokal mereka yang dikatakan kurang baik ketika menyanyikan lagu mdley Cintaku Sampai ke Ethopia, Cinta Sampai Mat dan Gadis Dan Bunga.

Perkara itu turut menarik perhatian komposer Julfekar Ahmad Shah yang mengakui kecewa dengan mutu persembahan The Gadys.

“Memang tak boleh brain. Macam buat persembahan di sekolah saja. Meleleh taik telinga. Macam ini pun boleh lepas buat persembahan? Apalah nak jadi dengan industri muzik kita ini? Sedih,” katanya.

Sementara itu, netizen pula menasihatkan kumpulan The Gadys berhenti menyanyi dan mungkin boleh mencuba bidang lakonan atau model, memandangkan mereka mempunyai wajah yang cantik.

Biarpun ramai yang mengecam, tidak kurang juga yang menasihatkan The Gadys memperbaiki vokal mereka.

“Yang tengah suara paling ‘hauk’, tolonglah berhenti menyanyi. Cuba bidang lakonan pula. Muka pun cantik baik jadi model atau pelakon. Sumpah ‘korang’ tak boleh nyanyi,” kata netizen.

“Vokal kamu lintang pukang. Kurang harmoni dan sumbang. Lebih baik tambahkan latihan,” tambah netizen lain.

Sumber: Harian Metro, Julfekar

The post ‘Tak boleh brain, meleleh taik telinga’ – Komposer kritik persembahan The Gadys appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar