-->

‘Salam IKIMfm, Tyzo Xander menuju jalan reda’- Tyzo sah sertai IKIMfm

Teka-teki akhirnya terjawab, Tyzo Xander mengumumkan bakal menyertai stesen radio IKIMfm. Dia dikatakan akan menyertai ‘ahli keluarga’ baru itu selepas kontrak dengan Suria FM berakhir Sabtu ini.

Tyzo menjelaskan hatinya terbuka menerima tawaran IKIMfm selepas mengerjakan ibadat umrah baru-baru ini.

Walaupun konsep yang bakal dikendalikannya berbeza dengan sebelumnya, namun katanya pengalaman yang diperoleh selama 21 tahun memberikan keyakinan buatnya.

“Walaupun mengetengahkan konsep berbeza daripada stesen radio yang pernah saya bertugas, namun, dengan pengalaman 21 tahun memberi keyakinan untuk saya buat lebih baik.

“Baru-baru ini, ketika berada di Makkah, saya asyik teringat-ingat tawaran yang diberikan. Selepas sekian lama lebih kepada hiburan, sekarang cuba untuk berubah.

“Saya akan mula bertugas Isnin depan kerana kontrak saya bersama Suria FM hanya tamat, Sabtu ini,” katanya.

Dalam pada itu juga, dia tidak melihat kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan konsep radio IKIMfm yang menjurus lebih ke arah Islamik.

“Saya fikir tiada masalah untuk saya bertugas di IKIMfm kerana stesen radio itu masih ada unsur hiburan. Cuma, pendekatan mereka berbeza,” katanya.

Tyzo bakal bergandingan dengan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim dalam segmen Inspirasi Pagi.

Terdahulu, kisah Tyzo mejadi tular apabila khidmatnya sebagai penyampai radio Suria FM ditamatkan. Susulan itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengurusan Suria FM.

Sumber: Berita Harian,hibglam

The post ‘Salam IKIMfm, Tyzo Xander menuju jalan reda’- Tyzo sah sertai IKIMfm appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar