-->

‘Ramai orang buang peluang syurga’ – UAI kongsikan kisah Uwais Al-Qarni diberikan ganjaran memuliakan ibu

Satu nikmat yang Allah berikan pada kita setelah dewasa adalah dengan kehadiran ibu bapa disisi. Ramai yang sedih dengan kehilangan dan pemergian ibu bapa. Walaupun reda dengan pemergian itu, namun sedikit sebanyak berasa ralat jika tidak sempat membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa.

Dunia semakin ke penghujung, senario dilihat sekarang ada sesetengah masyarakat yang seolah membuang keluarga dan ibu bapa. Kesibukan kerjaya menjadi alasan untuk tidak menjaga syurga mereka sedangkan Allah telah menjanjikan syurga kepada sesiapa yang mengasihani kedua ibu bapa.

Seperti yang dikongsikan oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus, kisah Uwais Al-Qarni yang sangat memuliakan ibunya.

“Walaupun dia tahu ada Nabi di Madinah, dia tak datang jumpa Nabi. Semua orang Yaman datang, tapi dia tak datang.

“Orang lain jumpa Nabi sampai dapat title sahabat, Uwais tak dapat. Kerana apa dia tak datang jumpa Nabi? Sebab dia jaga mak dia,” katanya.

Tambah Ustaz Azhar, walaupun Uwais tidak dapat berjumpa dengan Nabi, namun kerana memuliakan ibunya dari segala benda, Uwais diberikan keistimewaan.

“Tapi Nabi pesan sesiapa yang jumpa Uwais, minta Uwais doakan biar Allah ampunkan dosa, Allah pasti akan ampunkan dosa orang tu,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut menyatakan Allah akan memberikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang menjaga ibu bapa.

“Ramai orang yang tak suka, buat ibu bapa macam bola. Ramai orang buang peluang syurga,” katanya.

Sumber: TikTok

The post ‘Ramai orang buang peluang syurga’ – UAI kongsikan kisah Uwais Al-Qarni diberikan ganjaran memuliakan ibu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar