-->

Kos bahan mentah naik, peniaga bazar terpaksa naikkan harga barang sehingga RM2

Di bulan Ramadan tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke bazar Ramadan. Selain daripada kesuntukan masa, pengunjung tertarik dengan hidangan dan menu yang dijual.

Menerusi beberapa laporan di sekitar bazar beberapa negeri, didapati peniaga telah menaikkan harga barangan. Situasi tersebut telah mengundang keresahan pembeli.

Kenaikan harga kos bahan mentah dikatakan antara faktor peniaga menaikkan harga barangan. Ada peniaga yang menaikkan harga barangan sekitar RM1 sehingga RM2.

Bagi peniaga murtabak di bazar Ramadan TTDI, kos bahan mentah seperti bawang yang telah mengalami kenaikan harga menyebabkan mereka juga terpaksa menaikkan harga untuk pembeli.

“Harga bawang hari ini meningkat sehingga RM7 sekilogram (kg). Selalunya kita gunakan bawang India tetapi hari ini bawang tersebut sudah tiada lagi di pasaran.

“Murtabak menggunakan bawang yang banyak. Dulu kami menghadapi masalah kekurangan telur. Inilah antara masalah yang dihadapi peniaga hari ini,” katanya.

Namun begitu, dia mengatakan terpulang kepada pembeli untuk menerima kenaikan tersebut secara terbuka. Katanya, makluman awal tentang kenaikan tersebut telah dijelaskan terlebih dahulu.

Situasi sama berlaku kepada peniaga-peniaga lain seperti peniaga kuih muih dan peniaga Roti John.

Bagaimanapun, disebalik kenaikan tersebut masih ada peniaga mengekalkan harga yang sama. Seperti yang dilaporkan di bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, seorang peniaga nasi beriani berpuas hati dengan perniagaannya.

“Walaupun tidak mendapat untung yang banyak, tetapi saya berpuas hati kerana dapat bersedekah sempena Ramadan.

“Setiap hari jualan nasi beriani sangat laris dan boleh menjual antara 600 hingga 1,000 bungkus,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian

The post Kos bahan mentah naik, peniaga bazar terpaksa naikkan harga barang sehingga RM2 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar