-->

Kerajaan tak mampu tampung kos bina stadium baru untuk Harimau Malaya

Kerajaan tidak merancang untuk membina stadium berasingan bagi penganjuran konsert dan perlawanan skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kerajaan tidak mampu menampung kos pembinaan stadium baru pada masa ini. Sebaliknya, tumpuan diberikan kepada penggunaan seimbang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk pelbagai aktiviti dan kegunaan pasukan Harimau Malaya.

“Kalau saya diberikan pilihan semestinya saya nak dua stadium yang berlainan. Tetapi stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 orang memang hanya satu iaitu SNBJ.

“Macam konsert Cold Play dan Harimau Malaya, stadium akan penuh jadi untuk kita sekarang adalah mengimbangkan penggunaan kerana kita tidak mampu untuk membina satu stadium dalam masa terdekat,” katanya.

Isu stadium menjadi tumpuan apabila padang SNBJ sering mengalami kerosakan teruk selepas penganjuran konsert, yang seterusnya memberi kesan kepada perlawanan skuad Harimau Malaya dan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan penyokong bola sepak negara.

Konsert terbaru oleh artis antarabangsa, Ed Sheeran, di SNBJ bulan lalu sekali lagi menimbulkan masalah pada padang. Rumput dilaporkan tidak berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman pada 26 Mac nanti.

Sumber: Sinar Harian

The post Kerajaan tak mampu tampung kos bina stadium baru untuk Harimau Malaya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar