-->

Cadangan gaji minimum RM3,000 untuk graduan mungkin akan jadi kenyataan?

Isu gaji minimum yang telah lama menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia kini mungkin akan menemui penyelesaiannya.

Pada 1 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa kerajaan akan menyelesaikan semua isu berbangkit berkaitan gaji minimum pada April 2024.

Menurut Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, cadangan gaji minimum RM3,000 untuk siswazah mungkin akan menjadi kenyataan.

Beliau memaklumkan bahawa perkara ini kini sudah pun berada di peringkat awal perbincangan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

Namun, beliau juga menambah bahawa pendekatan baru yang mungkin dilaksanakan itu perlu mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk dalam soal gaji graduan.

Isu ini telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang bersetuju dengan cadangan ini, manakala ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Seorang netizen berpendapat, “Bergantung pada syarikat, jabatan, kelayakan dan pengalaman. Tak semua akan hadap nak bagi gaji RM3,000.”

Netizen lain pula berpendapat, “Bukan tugas kerajaan untuk menentukan gaji yang sesuai. Gaji adalah perjanjian persendirian antara majikan dan pekerja.

“Pasaran harus menentukan gaji yang sesuai. Tugas kerajaan adalah untuk mewujudkan persekitaran di mana perniagaan boleh berkembang maju dan persaingan digalakkan.”

Sumber: Buletin TV3

The post Cadangan gaji minimum RM3,000 untuk graduan mungkin akan jadi kenyataan? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar