-->

‘Bukan tangkap basah’ – Ruhainies nafikan dakwaan, minta media tidak menulis laporan mengundang fitnah

Kisah kontroversi yang berlaku dalam industri hiburan ketika ini menimbulkan kejutan dan persepsi pelbagai pihak. Walaupun kedua-dua selebriti berkenaan dikatakan bakal membuat kenyataan tidak lama lagi, namun kisah mereka masih lagi diperkatakan.

Ruhainies menerusi kenyataan di Instagram stories bagaimanapun meminta pelbagai pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.

Ruhainies juga menafikan tajuk yang dikeluarkan menerusi satu portal menyatakan dan mengaitkan dirinya dengan ‘tangkap basah’.

“Ianya sama sekali bukan tangkap basah. Sehingga kini saya belum memberikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah kenyataan dari saya dan ianya tidak tepat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, dia meminta supaya media tidak melaporkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang provokasi.

“Saya mohon supaya media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri.

“Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab,” tulisnya.

Sumber: Ruhainies

The post ‘Bukan tangkap basah’ – Ruhainies nafikan dakwaan, minta media tidak menulis laporan mengundang fitnah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar