-->

‘Macam mana kilang dia dapat air bersih?’ – Individu hairan bagaimana Khairul Aming dapat bekalan air bersih di Kelantan

Usahawan muda dan pencipta kandungan, Khairul Aming, telah mencapai kejayaan yang membanggakan dengan penjualan 80,000 unit produk Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit 39 saat melalui aplikasi TikTok. Namun, kejayaan ini telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai bekalan air yang digunakan di kilangnya di Kota Bharu, Kelantan.

Seorang peguam dan aktivis media sosial, Asiah Abd. Jalil, mempersoalkan bagaimana kilang tersebut mendapat bekalan air yang bersih, memandangkan dia pernah menetap di Kelantan dan mengalami masalah bekalan air yang keruh. Walaupun begitu, Asiah mengakui beliau kagum dengan kebersihan kilang milik usahawan berkenaan.

“Saya dapat tahu kilang Khairul Aming di Kota Bharu. Saya tertanya-tanya, macam mana kilang dia dapat air yang bersih, tidak keruh dan tidak berkarat. Seriously saya nak tau.

“Saya duduk di Kelantan dari tahun 1996 hingga 2002. Air kat Kelantan tak pernah jernih. Even sampai sekarang, sesekali saya ke Kelantan, macam itu juga airnya.”

“Tengok video Khairul Aming tunjuk keadaan dalam kilang dia, rasa sejuk mata memandang. Kilang dia sangat bersih, para pekerja sangat menjaga kebersihan,” katanya.

Kilang guna penapis & sistem rawatan air industri

Meskipun Khairul Aming belum memberikan respons, tampil beberapa netizen telah memberikan penjelasan. Salah seorang netizen berkata, kilang tersebut mungkin menggunakan sistem rawatan dan penapisan air industri atau komersial. Ini kerana, sistem tersebut biasanya digunakan oleh perniagaan untuk mendapatkan bekalan air yang bersih.

“Kilang dia mesti guna industrial atau commercial water treatment and filtration. Dulu masa saya berniaga, kami pun pasang juga sebab kita nak air yang bersih untuk kegunaan Spa. Kalau tak, berkeladak airnya nanti. Takkan nak beri pelanggan mandi guna air yang tidak bersih,” kata Sharifah.

Selain itu, ada juga yang memaklumkan bahawa bukan semua kawasan di Kelantan mengalami masalah bekalan air yang tidak bersih. Hanya sesetengah kawasan sahaja yang menghadapi masalah tersebut.

Sumber: Facebook Asiah Abd Jalil

The post ‘Macam mana kilang dia dapat air bersih?’ – Individu hairan bagaimana Khairul Aming dapat bekalan air bersih di Kelantan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar