-->

‘Jika tidak dicegah, dibimbangi akan mempengaruhi remaja’ – Mufti Pulau Pinang gesa podcast promosi zina dikenakan tindakan

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sebuah produksi podcast yang menjemput individu yang terpalit dengan isu pensundalan dijemput sebagai tetamu dalam rancangan berkenaan.

Tindakan tersebut ujarnya boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan aktiviti tersebut yang secara jelas bertentangan dengan agama.

Wan Salim berkata, jika tidak dicegah, dibimbangi akan mempengaruhi remaja dan membawa kepada masalah sosial serta keruntuhan akhlak.

Dalam pada itu, Wan Salim turut menyatakan kerajaan perlu memandang serius perbuatan ini dan mengambil tindakan tegas perkara yang boleh mengundang ke arah kerosakan nilai akhlak masyarakat.

“Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.

“Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” katanya.

Terdahulu, tindakan menjemput seorang individu lelaki yang dikenali sebagai ‘hot daddy’ mencetuskan pelbagai reaksi ramai dan mengecam tindakan tersebut seolah mempromosikan terhadap pelakuan zina.

Sumber: Berita Harian

The post ‘Jika tidak dicegah, dibimbangi akan mempengaruhi remaja’ – Mufti Pulau Pinang gesa podcast promosi zina dikenakan tindakan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar