-->

‘Kalau tak ada KL & Selangor, Kedah nombor 1 terima pelaburan’ – Sanusi

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan Kedah mampu menjadi negeri paling maju sekiranya ibu negara Kuala Lumpur berada berhampiran mereka. Katanya lagi, kenyataan yang menyebut Selangor menjadi negeri termaju di negara ini kerana ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) dapat ditepis.

Selangor dikatakan hanya bertuah kerana berada berdekatan dengan Kuala Lumpur. Kenyataan beliau bagaimanapun menimbulkan pelbagai perspektif.

Menerusi satu ucapan di Program Amanat YAB Menteri Besar Kedah Kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Tahun 2024, Sanusi pula mendakwa sekiranya tiada Kuala Lumpur dan Selangor, Kedah akan menjadi negeri nombor satu menerima pelaburan.

“Kalau tak ada dua (Kuala Lumpur dan Selangor) tu, Kedah nombor satu dalam aspek pelaburan ni. Pelabur datang sini sebab environment kita bagus dan orang kita baik-baik.

“Tempat kita ni Tuhan rahmati dan berkati sebab tu rezeki datang mencurah-curah,” katanya.

Oleh yang demikian katanya, Kedah perlu mengekalkan persekitaran yang bagus untuk menarik lebih ramai pelabur asing.

“Ini prospek yang baik. Mari lah kita bersungguh-sungguh menyediakan environment yang baik supaya para pelabur terus memilih Kedah Darul Aman,” katanya.

Sumber: Malaysia Kini, Muhammad Sanusi Md Nor

The post ‘Kalau tak ada KL & Selangor, Kedah nombor 1 terima pelaburan’ – Sanusi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar