-->

Ibu bapa shopping di mall, tinggalkan anak usia 6 tahun bersendirian di indoor playground selama 2 jam

Ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak-anak, tidak akan membiarkan anak-anak mereka dibiarkan bersama orang yang tidak dikenali apatah lagi usia yang masih mentah.

Pun begitu, lain pula sikap ibu bapa ini yang disifatkan tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keadaan anaknya.

Satu hantaran tular di media sosial, seorang wanita mempersoalkan tanggungjawab ibu bapa yang meninggalkan anak mereka yang berusia enam tahun selama dua jam di tempat permainan roller skate di sebuah pusat membeli belah.

“Dia datang cakap hai dan bagitahu ibu bapa dia pergi jalan-jalan dalam mall dan dia sorang. Dia minta izin nak main sekali dengan kami. Dia baru enam tahun, sangat berani dan berdikari.

“Mak bapak dia tak takut ke kalau kena culik ke apa? Tak fikir ke bdk tu penat, lapar atau apa-apa jadi kat dia? Mana pergi otak dan akal fikiran parents dia. I cannot brain this,” katanya.

@dzeilafox

The last boy tu kesian dia. The parents just leave him playing there for 2hrs alone. What kind of parents are like this??? He comes to us say hi and told us the parents pegi jalan2 dlm mall dia sorg2, then he asked boleh main skli dgn kami x? Oh boyyyy so pity of you. You are just 6y old, so brave, independent, make friends but i was worried parents dia xtakut ke if kena kidnap. Tak fikir ke bdk tu penat thirsty, if any happens to him jatuh ke? Sighs! Mana ey pegi otak dan akal fikiran parents dia. I cannot brain this!!! Then we nak blk da the boy keep looking everywhere andd said mak ayah saya xde pun. So sad yk! 💔

♬ original sound – ~×° 𝕭𝖑𝖆𝖈𝖐 𝕽𝖔𝖘𝖊 °×~ – ~×° 𝕭𝖑𝖆𝖈𝖐 𝕽𝖔𝖘𝖊 °×~

Kata wanita ini lagi, selesai saja bermain di sana, dia sekeluarga mahu balik. Kanak-kanak lelaki tersebut masih disana memerhatikan sekeliling mencari ibu bapanya.

“Mak ayah saya tak ada pun,” kata kanak-kanak lelaki itu.

Sementara itu, diruangan komen netizen menyatakan situasi tersebut merupakan perkara biasa yang berlaku. Ada ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain di dalam taman permainan (indoor playgorund) sehingga berjam lamanya sehinggakan petugas disitu terpaksa menghubungi mereka beberapa kali.

Sumber: dzeilafox

The post Ibu bapa shopping di mall, tinggalkan anak usia 6 tahun bersendirian di indoor playground selama 2 jam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar