-->

Warga emas ditumbuk gara-gara cetuskan kemalangan libatkan 3 buah kenderaan

Satu video tular memaparkan insiden pergaduhan melibatkan beberapa individu dan seorang warga emas.

Menerusi video berkenaan, seorang lelaki dilihat sedang memarahi warga emas berkenaan yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan sebelum menumbuk cermin kereta mangsa.

Beberapa lama kemudian, dua orang lelaki muncul ke tempat kejadian. Salah seorang daripadanya telah bertindak menumbuk mangsa manakala seorang lagi hanya dilihat seperti memberikan amaran.

Insiden berkenaan telah mengundang simpati netizen.

Keadaan warga emas selepas dipukul orang ramai

Bagaimanapun, insiden berkenaan tercetus gara-gara dikatakan warga emas berkenaan telah melanggar lampu isyarat merah dan sebuah van sekolah.

Warga emas itu dikatakan cuba melarikan diri, tetapi cuba dihentikan oleh orang ramai. Pelaku juga didakwa seperti berbau arak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kemalangan berpunca daripada kenderaan jenis Proton Saga yang mengalami kegagalan brek sebelum melanggar sebuah bas sekolah dan sebuah lagi kenderaan lain.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, seorang pelajar sekolah mengalami cedera ringan dan kenderaan lain yang terlibat mengalami kerosakan.

“Pihak polis menasihatkan individu yang terlibat untuk membuat laporan. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menyebabkan berlaku kesalahan jenayah seperti memukul,” katanya.

Sumber: X, KOSMO ONLINE

The post Warga emas ditumbuk gara-gara cetuskan kemalangan libatkan 3 buah kenderaan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar