-->

‘Sampah sarap, bau masin merata-rata!’ – Rakyat bengang penjaja haram warga asing berleluasa di KL

Isu penjaja haram yang didalangi warga asing di sekitar Kuala Lumpur semakin meruncing. Menurut aduan yang diterima, penjaja haram ini beroperasi di kawasan berpotensi tinggi dan selalu dikunjungi oleh orang ramai.

Antara tempat yang menjadi tumpuan penjaja haram adalah seperti di sekitar kawasan KLCC, Avenue K, Saloma Bridge.

“Sampah sarap & bau masin merata-rata,” kata netizen yang berkongsi mengenai perkara itu di media sosial.

Terbaru, ada penjaja haram dikesan menjual jagung bakar di depan KLCC. Perbuatan mereka mengundang kemarahan orang ramai yang mendesak agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan rondaan setiap masa dan bukannya menunggu aduan untuk mengambil tindakan.

Walaupun barangan penjaja haram ini telah beberapa kali dirampas oleh PBT, mereka tetap kembali dan berniaga di lokasi yang sama selepas beberapa hari kemudian.

“Esok beli baru, bila line clear bukak balik. Itulah adat resam peniaga rambo. Main cat and mouse dengan DBKL,” kata orang awam.

Difahamkan, penjaja haram ini dikatakan pandai mencari peluang dengan memilih lokasi seperti kawasan lalu lintas pejalan kaki yang ramai. Yang dilihat mempunyai peluang yang tinggi untuk orang membeli jualan mereka.

Namun, ketegasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani isu ini dilihat lemah. Jika tidak ditangani dengan tegas, Kuala Lumpur pada bila-bila masa akan dipenuhi dengan penjaja haram warga asing yang beroperasi dengan suka hati seperti di negara mereka sendiri.

The post ‘Sampah sarap, bau masin merata-rata!’ – Rakyat bengang penjaja haram warga asing berleluasa di KL appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar