-->

Hampir 3k hadir dalam program Geng Subuh Macam Jumaat, netizen puji Alif Satar influencer sebenar

Usaha yang dibuat oleh artis versatil, Alif Satar dalam Program Geng Subuh Macam Jumaat semalam mendapat sambutan luar biasa.

Ini merupakan penyertaan kali kedua orang ramai yang ‘menyahut’ cabaran Alif Satar berjemaah Subuh di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara.

Difahamkan, kuliah pendek juga disampaikan oleh pendakwah, Ustaz Yaakub Yusra selepas solah Subuh.

Menerusi satu perkongsian, hampir 3,000 orang hadir untuk sama-sama mengimarahkan solat Subuh sebelum menyertai program Fun Run yang dianjurkan sejauh 5 KM.

@sharkiedesu

Thank you @alifsatar for initiating #gengsubuhmacamjumaat ! Semoga kita sentiasa istiqamah dan terus capai impian kita pada tahun baru ini!

♬ original sound – Akagami no Shark – Sharkie Shares Stories✨

Program Fun Run tersebut juga telah diketuai oleh selebriti berkenaan.

Bukan sahaja penyertaan daripada lelaki, malahan kaum wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali mengambil peluang untuk bersama-sama dalam kedua-dua program ini.

Rata-rata netizen memuji usaha dan pendekatan yang digunakan oleh Alif dalam mengajak orang ramai berjemaah Subuh di masjid. Kata netizen, Alif disifatkan sebagai seorang pempengaruh yang sebenar.

Sumber: Alif Satar, Sharkie

The post Hampir 3k hadir dalam program Geng Subuh Macam Jumaat, netizen puji Alif Satar influencer sebenar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar