-->

‘Politik di radio betul-betul kejam’ – Azrul Raja Lawak kongsi pengalaman sama ketika bergelar DJ radio

Ramai yang mula bersuara setelah penyampai radio, Tyzo ditamatkan kontrak secara mengejut dari Suria FM.

Tidak ketinggalan, Azrul Raja Lawak yang juga mempunyai pengalaman sebagai penyampai radio di Suria FM menyatakan situasi yang dialami oleh Tyzo adalah politik radio.

Bukan masalah baru, katanya ini merupakan kejadian yang berlaku dari dulu lagi.

“Kerja di radio ni tak susah mana, okay sahaja. Tapi kadang-kadang politik. Politik di radio betul-betul kejam, memang struggle macam Tyzo kena.

“Aku pun pernah kena. Datang nak on air, tiba-tiba dipanggil masuk office, diberitahu last day hari tu,” katanya.

Semasa bertugas di stesen radio lain pula katanya, dia pernah tidak dibayar gaji semasa dua minggu ke udara menggantikan seorang penyampai radio yang telah meninggal dunia. Namun jawapan yang diberikan amat mengecewakannya apabila diberitahu itu hanyalah percubaan tugasan ke atasnya.

Selain daripada itu juga, Azrul berkongsi pihak stesen radio pernah menamatkan tugasannya apabila stesen tersebut sudah dikenali ramai dan mempunyai ramai followers dengan alasan pihak mereka tidak mempunyai bajet.

Jelasnya lagi, apa yang terjadi pada Tyzo itu pernah terjadi pada penyampai-penyampai radio sebelumnya dan disifatkan sebagai percaturan radio.

Azrul juga memberikan teguran dan nasihat, setiap individu perlu berjiwa kental apabila sudah berada dalam cabang seni yang mempunya pelbagai cabaran.

Sumber: Azrul_rajalawak

The post ‘Politik di radio betul-betul kejam’ – Azrul Raja Lawak kongsi pengalaman sama ketika bergelar DJ radio appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar