-->

‘Jangan canangkan perkembangan kesihatan & pemulihan individu yang disihir’ – Ahmad Fedtri Yahya

Sesetengah individu sanggup melakukan apa sahaja demi melihat rakan atau saudara mara jatuh tersungkur.

Ada yang bertindak di luar jangkaan apabila terjerumus dalam perbuatan syirik. Sihir dan santau dilihat seperti mainan mereka sehinggakan ada mangsa yang meninggal dunia terkena perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, individu yang mendapati dirinya terkena perbuatan sihir, dinasihatkan supaya tidak menceritakan kepada orang lain.

Menerusi perkongsian oleh selebriti, Ahmad Fedtri Yahya, beliau menyatakan kemungkinan besar si penghantar akan memantau dan tidak suka melihat mangsa pulih dan sembuh.

@fedtriyahya

Sihir adalah mainan dan sahabat syaitan. Kita tak tahu siapa yang melihat kita dengan pandangan kedengkian dan hasad. Kalau kita canang kita makin baik, itu pasti tidak disenangi orang yang melakukan kerana matlamat mereka ialah untuk melihat kita jatuh atau lebih buruk – mati! Moga kita terhindar dan selamat daripada kejahatan sihir dan musuh yang terselindung.

♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya – Ahmad Fedtri Yahya

“Kalau anda terkena sihir, sebolehnya jangan canang pada orang. Sebab sihir ni biasanya diserang oleh yang kenal kita.

“Kita jangan tunjukkan kita ni bertambah baik sebab penghantar ni dia nak tengok kita jatuh atau lebih buruk lagi dia nak tengok kita ni mati terus.

“Matlamat penghantar nak jatuh dan musnahkan kita. Kalau boleh, rahsiakan sepanjang proses rawatan dan sembuh,” katanya.

Kongsinya lagi, perkara berkenaan tidak perlu dibalas kerana secara tidak langsung juga kita termasuk dalam melakukan perbuatan syirik.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

The post ‘Jangan canangkan perkembangan kesihatan & pemulihan individu yang disihir’ – Ahmad Fedtri Yahya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar