-->

2 beradik mohon maaf kepada Farah Lee, mohon jumpa untuk selesaikan isu hutang RM130K

Pempengaruh Farah Lee, semalam telah mengeluarkan kenyataan penafian semalam berhubung dakwaan yang mengatakan arwah bapanya berhutang sebanyak RM130,000.

Menurut Farah, dua beradik berkenaan iaitu Izyan dan kakaknya, telah menaburkan fitnah terhadap mereka sekeluarga. Beliau menuntut semua pihak untuk memadamkan perkongsian berhubung dakwaan tersebut atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Susulan itu, dua beradik berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kenyataan dipengaruhi emosi

“Seperti yang diarahkan, saya user @dkabap serta mewakili adik saya, @sunwoobest_boy dari X/Twitter, ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Farah Lee dan keluarga di atas isu yang sedang tular di media sosial.”

Mereka mengakui bahawa kata-kata yang dilemparkan telah melukakan hati banyak pihak dan menjejaskan reputasi Farah Lee sebagai pempengaruh di pelbagai platform.

Dua beradik itu mengaku kenyataan yang dibuat itu dipengaruhi oleh emosi. Tetapi niat mereka hanyalah mahu membantu bapa menuntut hutang.

“Kami berdua telah sedar bahawa ayat-ayat yang kami lontarkan agak kasar dan telah mengguris hati pelbagai pihak.

“Selain itu, isu ini juga telah menjejaskan reputasi Farah Lee sebagai ‘influencer’ di pelbagai platform. Kami tidak seharusnya membuat posting tersebut dalam keadaan emosi.

“Niat kami baik, tidak lain dan tidak bukan hanya ingin membantu ayah.”

Mohon jumpa untuk berbincang

Sebagai tindak balas, mereka telah meminta kerjasama dari pihak Farah Lee untuk berjumpa dan berbincang mengenai isu ini dengan ayah mereka secara peribadi.

“Dengan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak Farah Lee untuk berjumpa dan berbincang perihal isu ini dengan ayah saya secara ‘private’. Saya telahpun DM Farah Lee nombor telefon ayah saya yang boleh dihubungi.”

Sumber: X Izyan

The post 2 beradik mohon maaf kepada Farah Lee, mohon jumpa untuk selesaikan isu hutang RM130K appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar