-->

Warga asing menganjing sakan dapat beli barang bersubsidi, buat netizen bengang

Baru-baru ini tular video operasi serbuan ke beberapa premis yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Melaka.

Menerusi video tersebut, beberapa premis didapati menyorok barang-barang bersubsidi seperti gula dan minyak.

Serbuan yang dilakukan oleh KPDN Melaka itu dipuji ramai kerana dapat membongkar kegiatan beberapa premis.

Seakan mencabar tugas pihak KPDN dan rakyat Malaysia, beberapa warga asing didapati sengaja menayangkan beberapa paket minyak masak paket dan gula.

@yourspecial99

Menganjing dgn viral tunjuk diaorang bebas beli subsidi rakyat Malaysia #fyp #trending #viraltiktok

♬ original sound – Your Special99 – Your Special99

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa paket minyak masak dan gula diletakkan di atas meja.

Sambil ketawa, salah seorang daripada mereka memegang paket minyak masak.

Dalam pada itu, netizen meminta pihak KPDN agar mengambil tindakan terhadap warga asing itu.

Menerusi beberapa komen, ada yang menyatakan sesetengah juruwang tidak dimaklumkan atau tidak mengetahui barangan bersubsidi tidak boleh dijual kepada warga asing.

Sumber: TikTok, X

The post Warga asing menganjing sakan dapat beli barang bersubsidi, buat netizen bengang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar