-->

‘Jangan sebar benda tak sahih’ – Wanita nafikan dakwaan premis McDonald’s Pasir Pekan ditutup operasi kerana kesan boikot

Solidariti terhadap Palestin dapat dilihat dengan pelbagai cara yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia.

Boikot terhadap produk yang menyumbang kepada Israel antara sumbangan terbesar masyarakat sehinggakan memberi kesan kepada ekonomi Israel.

Rangkaian makanan segera terutamanya didakwa makin sepi dengan kunjungan ramai.

Satu hantaran tular di media sosial mendakwa satu rangkaian makanan segera McDonald’s di Pasir Kelantan telah ditutup operasinya gara-gara kesan boikot.

Hantaran tersebut telah dikongsikan ramai pihak.

Namun, seorang wanita yang dipercayai staff McDonalds menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan premis berkenaan masih beroperasi seperti biasa.

“Alhamdulilah, McDonald’s Pasir Pekan masih beroperasi.

“Jangan sebar benda yang tidak sahih. Itu jadi kepada fitnah. Elok je ada orang jual kat dalam, kenapa bagitahu tutup.

“Kita hidup ni jadi la manusia yang memberikan manfaat kepada orang sekeliling,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut juga dikongsikan beberapa gambar staff premis berkenaan mengadakan pelbagai aktiviti.

Sumber: Saripah Zainab

The post ‘Jangan sebar benda tak sahih’ – Wanita nafikan dakwaan premis McDonald’s Pasir Pekan ditutup operasi kerana kesan boikot appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar