-->

‘Takkan YB nak bawak Proton kot’ – Tular dakwaan kerajaan negeri beli kereta mewah untuk kegunaan exco

Satu gambar tular memaparkan beberapa buah jenis kereta mewah yang dipercayai milik kerajaan negeri yang diparkir di sebuah bangunan.

Kereta-kereta berkenaan didakwa akan diberikan kepada exco-exco kerajaan berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran tular berkenaan mempersoalkan kewajaran pihak negeri membelikan kereta mewah berkenaan sedangkan pelbagai perkara melibatkan urus belanja negeri dipandang ringan.

“Nak bayar gaji player, pengurusan bola tak ada duit.

“Nak tunai janji bantuan banjir tak ada duit. Nak buat bayaran kepada kontraktor bersih kawasan dan potong rumpur bawah bandaraya tak ada duit,” tulisnya.

Namun begitu katanya, perbelanjaan membelikan kereta mewah untuk diberikan kepada exco, seolah tidak menjadi masalah.

“Nak beli kereta-kereta YB Exco ada duit,” katanya.

Susulan itu, netizen mengecam tindakan tersebut yang disifatkan seperti hanya mementingkan diri tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

Sumber: Rosli Arif

The post ‘Takkan YB nak bawak Proton kot’ – Tular dakwaan kerajaan negeri beli kereta mewah untuk kegunaan exco appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar