-->

‘Ingatkan najis haiwan, rupanya ada mayat dalam kereta yang dah kembung’ – Mayat lelaki ditemui dalam kereta di tapak Car Boot Sale Damansara

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan Car Boot Sale Damansara, pagi Ahad, 24 Disember 2023.

Penemuan yang mengejutkan itu dikongsikan oleh salah seorang peserta car boot sale menerusi platform X.

“…ada bau busuk. Ingatkan najis haiwan je. Tapi dari jauh dah bau ye.

“Lepas tu ada orang nampak lelaki dalam kereta, terbaring dan kembung macam belon. Ada copy ic kat depan kereta dia.

“Orang ramai lambat perasan sebab hujan dari pagi,” kata sumber.

Menurut laporan New Straits Times (NST), mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu.

Sumber gambar: Orang Awam

Turut ditemui dalam kereta, satu nota terakhir daripada mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.

“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” kata nota tersebut.

Punca kematian mangsa masih belum diketahui. Setakat ini pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan mayat berkenaan.

Sumber: New Straits Times

The post ‘Ingatkan najis haiwan, rupanya ada mayat dalam kereta yang dah kembung’ – Mayat lelaki ditemui dalam kereta di tapak Car Boot Sale Damansara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar