-->

‘Syarikat bagi premis minuman herba viral bukan pemegang sijil halal, tapi dipersijilkan halal hanya produk minuman herba bertin’ – JAKIM

Baru-baru ini tular mengenai minuman herba yang dipercayai boleh meredakan sakit tekak, demam dan batuk. Ramai yang menyatakan premis tersebut adalah berstatus halal JAKIM.

Bagaimanapun, Bahagian Hab Halal JAKIM menyatakan premis berkenaan bukan pemegang sijil halal bagi skim premis makanan sebaliknya,syarikat berkenaan adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hanya bagi skim produk makanan dan minuman sahaja. Produk yang dipersijilkan halal hanyalah produk minuman herba bertin.

“Tular di media sosial berkenaan status halal premis minuman herba yang didakwa mempunyai pensijilan halal oleh JAKIM.

“Hasil semakan kami, syarikat tersebut bukanlah pemegang sijil halal bagi skim premis makanan.

“Syarikat berkenaan adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hanya bagi skim produk makanan dan minuman sahaja.

“Produk yang dipersijilkan halal hanyalah produk herba bertin,” tulis kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, pihak Jakim menasihatkan para pengguna agar berhati-hati sebelum memilih sesuatu produk dan premis yang ingin dikunjungi.

“Oleh itu, para pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada sebelum memilih sesuatu produk atau premis yang ingin dikunjungi. Pastikan produk atau premis tersebut adalah merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah daripada JAKIM,” tulisnya.

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM, Halal Malaysia Official

The post ‘Syarikat bagi premis minuman herba viral bukan pemegang sijil halal, tapi dipersijilkan halal hanya produk minuman herba bertin’ – JAKIM appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar