-->

Selepas diberi makanan enak, pelarian Rohingya diajar pula Bahasa Indonesia, buat netizen rasa geram!

Tular video memaparkan sekumpulan pelarian Rohingya di kem pelarian Minaraya, Pidie, Aceh sedang diberi pendidikan Bahasa Indonesia. Tindakan sukarelawan mengajar pelarian Rohingya itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Manakan tidak, di kala rakyat Indonesia sedang memprotes kedatangan segerombolan besar etnik dari Myanmar ini sejak November lalu, ada pula yang memberi makanan dan pendidikan kepada mereka.

“Warga Rohingya sedang belajar Bahasa Indonesia di Camp Minaraya, Pidie,” tulis kapsyen video tersebut.

Ramai netizen mempersoalkan apa tujuan sukarelawan mengajar Bahasa Indonesia kepada pelarian berkenaan. Sedangkan ramai yang menyuarakan bantahan terhadap kedatangan mereka.

Bukan hanya itu sahaja, netizen juga khuatir warga Rohingya akan mendominasikan Aceh dan seterusnya ‘menjajah’ daerah-daerah lain.

“Pihak berkuasa boleh tak usir Rohingya? Atau kita akan dijajah oleh puak ini secara halus?

“Tak patut diajar Bahasa Indonesia, nanti mereka akan terus menetap dan bekerja, akhirnya beranak pinak. Usirlah mereka!

“Jangan sampai suatu masa nanti mereka juga diberi hak untuk mengundi di pilihan raya,” kata netizen.

Sumber: Life Indo Zone

The post Selepas diberi makanan enak, pelarian Rohingya diajar pula Bahasa Indonesia, buat netizen rasa geram! appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar