-->

‘Kenapa potong tak bagi signal?!’ soal penunggang motosikal sebelum dilanggar pemandu Proton Wira

Tular di media sosial semalam video seorang penunggang motosikal dilanggar dengan sengaja oleh seorang pemandu yang dipercayai tidak berpuas hati dengannya.

Ketua Polis Deerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Pokok Sena.

Siasatan awal mendapati, mangsa terdahulu menegur suspek yang memotong kenderaan tanpa memberi lampu isyarat. Berang dengan teguran itu, suspek bertindak melanggar motsikal mangsa beberapa kali sehingga terjatuh.

Polis kini sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, kakak kepada mangsa tampil menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada waktu kejadian.

“8 Disember lebih kurang jam 10.20 pagi, adik saya menunggang motosikal menghala ke Sungai Dua dan semasa sampai di persimpangan, tiba-tiba kereta Proton Wira WMY 304 datang dari arah belakang terus memotong adik saya, tanpa memberikan signal dan kereta itu berhenti di gerai kuih tepi jalan,” katanya.

Mangsa kemudian menjerit ke arah suspek dan menegur cara pemanduannya yang melulu dan tidak menggunakan lampu isyarat. Teguran itu mengundang kemarahan suspek yang kemudian meluncur dengan laju seperti mahu melanggar mangsa yang berada di tepi jalan.

“Pemandu itu keluar denagn memegang sebatang besi dan mahu memukul adik saya, tetapi tidak jadi apabila adik saya beritahu dia akan merakam video.

“Dia masuk semula ke dalam kereta dan terus melanggar adik saya berulang kali sebelum beredar,” katanya.

Ekoran dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagan kaki kanan, manakala motosikal miliknya juga mengalami kerosakan.

Sumber: Harian Metro, X

The post ‘Kenapa potong tak bagi signal?!’ soal penunggang motosikal sebelum dilanggar pemandu Proton Wira appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar