-->

‘Insha-Allah kebenaran akan terbukti’ – Makcik Kemboja akui bisnes terjejas akibat diboikot

Usahawan keturunan Kemboja, Mariyah Yaakob, 47, mengakui perniagaan yang diusahakannya terjejas teruk ekoran kekhilafannya mengeluarkan kenyataan yang didakwa telah mengapikan kaum Melayu di negara ini.

Dalam kenyataan yang dinyatakan melalui peguamnya, Kamal Hisham Jaafar berkata, syarikat Mariyah Holdings Sdn Bhd yang masih belum pulih dari pandemik Covid-19 sehingga kini, bertambah teruk apabila perusahaannya itu diboikot orang awam.

“Keadaan itu semakin memburuk kerana wujud kempen-kempen memboikot produk keluaran syarikat tertuduh sehingga menjejaskan kewangan syarikat.

“Saya percaya tertuduh telah dihukum walaupun dia belum dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak mahkamah,” kata Kamal.

Sementara itu, Mariyah memanjatkan rasa bersyukur dia dan anaknya dibebaskan dengan jaminan. Malah Mariyah yang juga dikenali sebagai Makcik Kemboja itu yakin, kebenaran akan terbukti.

“Alhamdulillah bebas dengan jaminan. Insha-Allah kebenaran akan terbukti,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok rasmi Mariyah Holdings semalam.

Terdahulu, Mariyah dan anak lelakinya, Ezuan, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik kenyataan dan video mengapikan kaum Melayu di TikTok.

Mariyah menjelaskan, video ‘Melayu Malas’ itu bukan bermaksud untuk menghina kaum Melayu. Sebaliknya untuk memberi motivasi kepada para pengikutnya di platform berkenaan.

Sumber: Kosmo! Online, TikTok Mariyah Holdings

The post ‘Insha-Allah kebenaran akan terbukti’ – Makcik Kemboja akui bisnes terjejas akibat diboikot appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar