-->

Influencer kongsikan tips rawat batuk & asthma gunakan kaedah stim buah pear

Ketika ini ramai yang mula mengadu mengalami batuk-batuk kecil, demam, selesema dan sebagainya. Sesetengah individu memilih untuk merawat secara semulajadi apabila sudah pelbagai ubat-ubatan yang dicuba.

Baru- baru ini seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Aisya berkongsikan cara-cara untuk meredakan batuk dan juga penyakit asthma. Ramuan semulajadi yang dikongsikan itu juga dikatakan bagus untuk kecantikan kulit.

@soyabelacan

Petua Asma ni elok jugak untuk batuk dan kecantikkan kulit. Kalau takde herbal yang banyak, guna pear dgn gula batu je pun boleh jadi.😊 Gula Batu tu boleh berubat paru² tapi kalau ada diabetes kena jaga jugak.😁 Bahan herbal yang Aisha guna list kat sini ye. Bahan²: Pear ♥️ moisturize badan lilybud ♥️ tenangkan hati dan bantu tidur nyeyak lotus seed ♥️kurang kepanasan kurma merah ♥️ berkhasiat goji♥️ superfood yg elok utk mata dan anti-aging gula batu ♥️ utk moisturize paru² white fungus ♥️ elok utk kulit dan detox #petuasihat #menusihat #makanansihat #petuabatuk

♬ Cute marimba heartwarming kids(1035757) – ROUGHTY PRODUCTION

“Petua ni diambil dari seorang viewer ni. Selepas anak dia amalkan 2, 3 kali seminggu, sudah tak asthma,” katanya.

Bahan-bahan yang digunakan adalah buah lai atau Singa Pear yang dicuci dan dipotong atas. Seterusnya, keluarkan isi dalam.

“Letkkan kurma merah yang dibuang biji dan guntingkan Snow Fungus yang sudah direndam. Kemudian, masukkan Lily Bud, Goji dan gula batu ke dalam buah itu. Tambahkan sikit air panas, tutup cover dan stimkan dalam 30 minit,” katanya.

Katanya lagi, bahan utama yang digunakan sebenarnya hanyalah buah pear dengan gula batu sahaja, tetapi bahan-bahan lain mempunyai khasiat untuk paru-paru dan kulit.

“Lily Bud untuk tenangkan hati dan moisturize paru-paru, Snow Fungus bagus untuk kulit, Goji elok untuk mata dan anti-aging dan lotus feed bagi kurangkan kepanasan,” katanya.

Video yang dikongsikan itu telah meraih sebanyak 459,000 tontonan.

Sumber: Soyabelacan

The post Influencer kongsikan tips rawat batuk & asthma gunakan kaedah stim buah pear appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar