-->

Filem Leave The World Behind tengah trending di Netflix, dunia musnah angkara serangan siber

Filem ‘Leave the World Behind’, baru sahaja ditayangkan di platform penstriman online pada Jumaat, 8 Disember lalu, telah menarik perhatian ramai penonton.

Filem yang dibintangi oleh Julia Roberts dan Ethan Hawke itu adalah filem adaptasi dari novel popular dengan judul yang sama dan telah diubah menjadi sebuah thriller apokaliptik yang menarik.

Sinopsis

Julia Roberts dan Ethan Hawke berlakon sebagai pasangan suami isteri, Amanda (eksekutif pengiklanan) dan Clay Sandford (profesor), golongan kelas pertengahan yang tinggal di sebuah apartmen di Brooklyn bersama anak-anak mereka yang berumur 16 dan 13 tahun.

Untuk melarikan diri daripada kesibukan kerja, mereka menyewa sebuah rumah mewah di Long Island untuk bercuti hujung minggu. Namun, percutian mereka terganggu apabila dua orang asing – G.H. (Ali) dan anak perempuannya, Ruth (Myha’la Herrold) tiba-tiba muncul di tengah malam, membawa berita mengenai serangan siber misteri dan meminta perlindungan di rumah yang didakwa milik mereka.

Filem best tapi ramai tak puas hati

Filem ini telah mendapat pelbagai ulasan netizen di media sosial. Ada yang memuji filem ini antara filem terbaik Netflix untuk tahun ini. Mereka memuji lakonan para pelakonnya dan jalan cerita yang menarik.

Namun, ada juga yang merasa dialog dalam filem ini terlalu langsung dan banyak soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan, yang mungkin membuat sebahagian penonton tidak puas hati.

Selain itu, ada juga penonton yang merasa tidak berpuas hati dengan pengakhiran filem ini.

“Saya baru habis menonton ‘Leave The World Behind’. Apa jenis pengakhiran itu?” kata netizen.

Secara keseluruhan, filem ‘Leave the World Behind’ adalah filem yang menarik walaupun ada beberapa aspek yang mungkin tidak memuaskan semua penonton.

Ia menceritakan bagaimana keluarga Amanda dan Clay menghadapi situasi yang menakutkan, malah pandangan yang unik dan menarik tentang pengakhiran dunia di mana teknologi tidak lagi berfungsi pada ketika itu.

Sumber: The Guardian, BBC, Rotten Tomatoes

The post Filem Leave The World Behind tengah trending di Netflix, dunia musnah angkara serangan siber appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar