-->

‘Dah capai target, dia delay lagi dengan macam-macam syarat’ – TikTokers dikecam gunakan janji palsu untuk tarik followers

Bagi meraih perhatian umum terutamanya pengikut di media sosial, pelbagai taktik yang digunakan oleh pempengaruh.

Ketika ini seperti menjadi trending pempengaruh membuat konten memberikan hadiah istimewa kepada orang ramai dan juga pengikut mereka.

Bagi mendapatkan view tertinggi, mereka menjanjikan pelbagai hadiah.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa pemberian tersebut hanyalah janji kosong.

“Ramai gila Tiktokers buat macam ni. Dah capai target, dia delay lagi dengan macam-macam syarat. Dah capai, delay lagi.

“Tu belum masuk lagi yang buat cerita sedih tipu-tipu sebab nak raih simpati,” tulis Cikgu Anep.

Antara lain, taktik yang digunakan adalah, pengikut diminta untuk membelikan produk keluaran mereka dan masuk ke laman web yang diberikan.

Sehubungan dengan itu, pengguna media sosial diminta untuk berhati-hati dengan taktik yang digunakan oleh mana-mana pempengaruh.

Sumber: Cikgu Anep

The post ‘Dah capai target, dia delay lagi dengan macam-macam syarat’ – TikTokers dikecam gunakan janji palsu untuk tarik followers appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar