-->

Yaman umum sertai perang, bantu Palestin menghadapi Israel yang berterusan membantai Gaza

Republik Yaman dilaporkan telah menyertai peperangan di antara Palestin dan Israel yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.

Jurucakap Angkatan Tentera Yaman, Brigadier Jeneral Yahya Sar’ee berkata, pihaknya telah melancarkan bisil balistik dan berpandu dalam jumlah yang besar ke atas tanah yang dijajah oleh Israel.

“Operasi ini merupakan operasi kali ketiga untuk menyokong saudara kita yang tertindas di Palestin.

“Kami akan meneruskan serangan yang lebih berkualiti sehingga keganasan Israel berhenti. Kami kekal teguh dengan pendirian rakyat Yaman kepada Palestin, serta tegas dan berprinsip mengenainya.

“Rakyat Palestin ada hak untuk mempertahankan diri mereka dan menerima hak mereka yang sah. Apa yang menghalang kestabilan rantau ini dan mengembangkan pergelutan ini ialah jenayah dan pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis terhadap rakyat di Semenanjung Gaza dan seluruh Palestin yang dijajah,” katanya.

Dalam pada itu, Yahya berkata, selama 25 hari yang lalu, dunia telah menyaksikan Palestin dizalim oleh Israel. Dan disokong oleh sekutunya, Amerika Syarikat dan negara Barat.

Pembunuhan beramai-ramai, secara kolektif, pemusnahan besar-besaran dan kepungan yang melemaskan berlaku di depan mata dunia.

“Dalam keadaan ini, sepatutnya Orang Arab dan Islam menyatakan pendirian dan menyokong Gaza.

“Demi menyokong saudara kita yang ditindas di Gaza, sangat perlu untuk Angkatan Tentera Yaman melaksanakan tugas mereka dengan berserah kepada Allah dan menyokong rakyat Palestin yang sudah ditindas lama dalam sejarah,” katanya.

Sumber: X Irfan Newboys

The post Yaman umum sertai perang, bantu Palestin menghadapi Israel yang berterusan membantai Gaza appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar