-->

Simpati dengan nasib komuniti di Gaza terjejas, Grab umum akan sumbang RM1 juta melalui MERCY Malaysia

Grab Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan akan menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui MERCY Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut, Grab Malaysia menzahirkan rasa simpati dengan nasib komuniti yang terjejas akibat konflik di Gaza.

Dalam pada itu, Grab Malaysia turut mengutuk sebarang tindakan keganasan yang mengancam kemanusiaan.

“Bagi mengatasi, keperluan mendesak yang dihadapi oleh komuniti rentan yang terjejas di Gaza (Palestin), berikutan konflik yang berterusan, Grab Malaysia akan menyumbang bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui Mercy Malaysia.

“Pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha Mercy Malaysia, sekali gus menyumbang untuk membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan individu yang terjejas,” katanya.

Sasaran keperluan kritikal

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu turut menyasarkan untuk memenuhi keperluan kritikal mereka yang terjejas dengan membantu menyediakan akses kepada perubatan, makanan, bekalan air dan pelbagai lagi serta mengutamakan kesejahteraan mereka selain menekankan komitmennya kepada prinsip kemanusiaan dan keamanan serta secara keras menentang sebarang keganasan yang melanggar hak asasi manusia.

“Syarikat ini menyokong sebarang usaha yang membawa kepada keamanan yang berkekalan serta adil.

“Grab Malaysia dan MERCY Malaysia sedang bekerjasama untuk mewujudkan program dan inisiatif yang mampan, dalam memastikan kesan positif yang berkekalan kepada pelbagai komuniti yang terjejas, dengan menyasarkan pemulihan segera, daya tahan dan sokongan jangka panjang,” katanya.

Selain itu, bermula 8 November ini hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini

Sumber: Grab

The post Simpati dengan nasib komuniti di Gaza terjejas, Grab umum akan sumbang RM1 juta melalui MERCY Malaysia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar