-->

‘Sepatutnya lebih fokus pada kualiti makanan & rasa’ – Netizen minta premis makanan terkenal kurangkan promosi bersama artis & influencer

Premis makanan ini seringkali menjadi tumpuan ramai kerana harga yang dikenakan murah dan berpatutan. Selain harga, keenakan pada setiap hidangan membuatkan pelanggan teringat-ingat dan akan datang semula untuk membeli lagi.

Semakin lama, premis ini semakin mendapat perhatian. Promosi dan iklan secara besar-besaran juga dibuat bagi meningkatkan lagi hasil jualan.

Bukan individu biasa, sebaliknya nama-nama terkenal seperti selebriti dan juga pempengaruh digunakan sebagai watak dalam iklan yang dibuat. Rata-rata memuji iklan dan promosi yang dibuat seperti tidak klise dengan promosi iklan makanan lain.

Fokus kepada kualiti makanan

Semakin banyak pengiklanan yang dibuat dengan memanggil selebriti terkenal, ramai pula yang menyatakan sepatutnya premis berkenaan memberikan fokus terhadap kualiti dan rasa produk mereka berbanding melaburkan lebih banyak promosi yang melibatkan selebriti.

Menerusi beberapa komen di jaringan X, rata-rata memberikan komen berkenaan kualiti rasa premis tersebut sudah tidak sama seperti di awal kemunculan produk ini.

Ada juga yang menyatakan produk premis tersebut tidak konsisten.

Bagaimanapun, masih ada yang tetap menjadi pelanggan setia kepada premis makanan terkenal itu kerana harga yang dikenakan masih murah dan berpatutan.

Sumber: X

The post ‘Sepatutnya lebih fokus pada kualiti makanan & rasa’ – Netizen minta premis makanan terkenal kurangkan promosi bersama artis & influencer appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar