-->

Rakam isteri orang mandi, anak jiran berusia 26 tahun dipenjara 5 bulan

Padah merakam isteri orang sedang mandi, penjaga stor kedai serbaneka dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka.

Tertuduh, Muhammad Fakrul Najmi Rohaizan, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan merakam mangsa, 44, yang sedang mandi, pada jam 10.50 malam di daerah Melaka Tengah pada 10 November 2023.

Mangsa yang menyedari dirinya dirakam selepas ternampak tangan mangsa memegang telefon bimbit di celah lubang angin tandas, terus merampas peranti tersebut. Mangsa memaklumkan kepada suaminya mengenai kejadian itu.

Tidak beberapa lama kemudian, tertuduh yang merupakan anak jiran mangsa, muncul di depan pintu rumah memohon maaf.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana dia hanya bekerja sebagai penjaga stor dan menyara keluarga.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Sumber: Kosmo! Online

The post Rakam isteri orang mandi, anak jiran berusia 26 tahun dipenjara 5 bulan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar