-->

‘Mr H arah saya perangkap Dr Agus untuk bersihkan J-KOM, saya dijadikan sebagai kambing hitam’ – Wahab

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mendedahkan bahawa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, menerusi video yang tular baru-baru ini.

Dalam sidang media semalam, Abdul Wahab berkata, video tular itu adalah palsu dan telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum penularan video itu, dia mengakui telah bertemu daripada individu berjawatan tinggi di jabatan yang sama, Mr H. Dia kemudian membawanya bertemu dengan beberapa individu berpengaruh lain di sebuah hotel di ibu kota.

Dalam pertemuan itu, dia dimaklumkan oleh kumpulan itu bahawa Agus terbabit dalam aktiviti tidak bermoral. Mr H menjelaskan dia telah diarahkan untuk membersihkan J-Kom dari dalam dan kononnya mendapat sokongan daripada individu berpengaruh lain untuk berbuat demikian.

Abdul Wahab yang masih baharu dalam perkhidmatan kerajaan (mula bertugas 1 November 2023) mengakui teruja dengan tugasan yang diberi, iaitu membuat rakaman perbualan video dengan Agus untuk mendapatkan bukti Agus terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.

Jelas Abdul Wahab, video yang dirakam itu tidak mempunyai audio. Namun dalam video tersebar itu, ia mempunyai audio perbualan palsu dan lucah.

“Saya terkejut apabila video berkenaan disebarkan oleh Chegubard di Facebooknya yang mana ia disunting seolah-olah kami terabit perbuatan tidak bermoral,” katanya.

Penyebaran video palsu itu secara tidak langsung telah mencalarkan maruah dirinya dan keluarga sehingga dikecam masyarakat. Malah, dia tidak menyangka akan dipergunakan oleh Mr H yang kononnya mahu membersihkan J-KOM dari dalam.

Satu laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut. Abdul Wahab akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah, sekali gus membersihkan nama dan maruahnya.

Satu senarai nama individu, termasuk pegawai tinggi dalam J-KOM terbabit dalam komplot itu telah diserahkan kepada peguam untuk tindakan undang-undang.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

The post ‘Mr H arah saya perangkap Dr Agus untuk bersihkan J-KOM, saya dijadikan sebagai kambing hitam’ – Wahab appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar