-->

Pemandu e-hailing nyaris maut ditikam penumpang remaja di Taman Keladi, Kedah

Seorang pemandu e-hailing nyaris maut ditikam penumpangnya yang merupakan kanak-kanak lelaki, dalam kejadian yang berlaku di Taman Keladi, Kedah.

Kejadian itu juga dirakam kamera yang dipasang dalam kereta mangsa, jelas menunjukkan suspek cuba menikam pemandu, sebaik saja tiba di lokasi.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 33 saat itu, mangsa terdahulu menegur perbuatan suspek yang menunjukkan arah jalan yang tidak betul sehingga menyebabkan dia terpaksa berpusing di kawasan perumahan tersebut.

Sebaik saja tiba di lokasi, mangsa mengeluarkan wang daripada poket bajunya dan secara tiba-tiba suspek terus menikam dada mangsa.

Percubaan suspek bagaimanapun gagal apabila tikaman itu tidak menembusi tali pinggang keselamatan. Di kesempatan itu, mangsa yang terkejut terus menahan dan menggigit tangan suspek.

Suspek terus segera membuka pintu kereta dan melarikan diri meninggalkan mangsa.

Sementara itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Alice Owi berkata, bapa mertuanya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Nasib baik bapa mertua saya tak cedera. Suspek sudah ditangkap, dia baru berumur 13 tahun,” katanya.

Sumber: X

The post Pemandu e-hailing nyaris maut ditikam penumpang remaja di Taman Keladi, Kedah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar