-->

Pelarian Rohingya tak puas hati, mereka dihidang nasi & lauk yang terlalu sedikit

Tular di media sosial sebuah klip video yang menunjukkan pelarian Rohingya tidak berpuas hati dengan bahagian nasi yang diberi terlalu sedikit sehingga mereka berasa masih lapar.

Dalam klip video itu, para pelarian Rohingya yang berada di penampungan sementara bekas pejabat imigrasi Lhokseumawe, Aceh ini kelihatan mengeluh dengan bahagian makanan yang dihidangkan kerana dianggap terlalu sedikit.

Walaupun tidak dapat menyampaikan perasaan tidak puas hati itu menggunakan Bahasa Indonesia, namun daripada gerak tangannya menunjukkan mereka seolah-olah mahu menyampaikan bahawa nasi bungkus yang diberikan pada mereka tidak cukup mengenyangkan mereka.

Difahamkan, makanan yang dihidang kepada para pelarian itu adalah nasi bungkus bersama dengan lauk sayur dan ikan.

“Nasi terlalu sedikit, pelarian Rohingya tidak puas,” tulis kapsyen hantaran pengadu.

Selain nasi dan lauk pauk, para pelarian juga diberikan pelbagai makanan ringan seperti kuih kering, wafer dan susu.

Sejak pertengahan November lalu, seramai 1,084 pelarian yang menaiki bot kayu dilaporkan telah mendarat di Aceh. Kesemua mereka datang dengan enam gelombang iaitu di Kabupaten Pidie, Aceh Timur, Bireum dan Kota Sabang.

Sumber: Indo Zone

The post Pelarian Rohingya tak puas hati, mereka dihidang nasi & lauk yang terlalu sedikit appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar