-->

‘Mereka pengotor, tak hormat adab & budaya tempatan’ – Penduduk Aceh tolak kehadiran pelarian Rohingya

Pertengahan November lalu, Indonesia terpaksa menerima kedatangan lebih 1,000 pelarian Rohingya yang mendarat di Aceh selepas berminggu-minggu berada di atas bot di lautan.

Kerajaan Indonesia terdahulu menolak hasrat kumpulan etnik berkenaan untuk mendarat di negaranya.

Ini kerana Indonesia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967. Malah, Indonesia tidak mempunyai kewajipan atau kapasiti untuk mencari penyelesaian berhubung penempatan semula golongan berkenaan.

Selain kerajaan, penduduk di Aceh juga menolak kehadiran pelarian Rohingya yang didakwa telah mengganggu kehidupan seharian penduduk, berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Golongan berkenaan turut didakwa gagal berasimilasi dan tidak menghormati ada dan budaya tempatan. Disebabkan itu, penduduk Aceh terpaksa menghalang bot pelarian Rohingya mendarat di tepi pantai.

Sementara itu, salah seorang pelarian Rohingya, Mohamed Ridoi, 27, berkata, mereka mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan kezaliman di Kem Pelarian Bangladesh.

“Saya sanggup menyeberangi laut dan meredah perjalanan berbahaya selama 12 hari kerana mahu melarikan diri daripada ancaman jadi mangsa culik, peras ugut dan pembunuhan yang berleluasa di kem,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

The post ‘Mereka pengotor, tak hormat adab & budaya tempatan’ – Penduduk Aceh tolak kehadiran pelarian Rohingya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar