-->

‘Menyokong pencerobohan Israel terhadap Palestin atau sokong Israel dianggap haram’ – Majlis Ulama Indonesia gesa boikot produk berkaitan Israel

Majlis Ulama Indonesia dalam fatwa terbaharunya menggesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel.

Pengerusi bahagian fatwanya Asrorun Niam Sholeh dalam satu kenyataan berkata individu yang menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap ‘haram.’ Dalam erti kata lain dilarang dan haram.

Beliau juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah tegas untuk membantu perjuangan Palestin melalui usaha diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekan Israel untuk menghentikan pencerobohan dan mengenakan sekatan.

Selain itu juga, fatwa itu mencadangkan umat Islam menyokong perjuangan Palestin melalui pengumpulan dana kemanusiaan, menyatakan solidariti, berdoa untuk kemenangan dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk umat Islam yang terkorban di Palestin.

Permintaan itu disampaikan melalui satu surat terbuka pada Ahad lalu yang menekankan keadaan genting, mengutuk serangan Israel yang menyebabkan kematian orang awam dalam serangan selama 36 hari di Gaza serta keadaan di Hospital Indonesia semakin kritikal selepas menjadi sasaran serangan.

Pengerusinya Dr. Sarbini Abdul Murad dalam tulisan tersebut menyatakan tiga sukarelawan MER-C Indonesia berada di sana untuk menyampaikan bantuan.

“Pada masa ini, tiga sukarelawan MER-C Indonesia berada di Hospital Indonesia di Gaza untuk menyampaikan bantuan yang diamanahkan oleh rakyat Indonesia kepada penduduk di kawasan ini.

“Hospital bergelut untuk beroperasi dalam kegelapan serta kekurangan ubat-ubatan kerana ia satu-satunya tempat bagi penduduk di kawasan itu untuk mendapatkan perlindungan dan rawatan,”katanya.

Sabtu lalu, Hospital Shifa dan Hospital Indonesia terputus bekalan elektrik apabila generator tidak berfungsi disebabkan kehabisan bahan api manakala generator di Hospital Al Quds tidak dapat dibaiki.

Sumber: Bernama

The post ‘Menyokong pencerobohan Israel terhadap Palestin atau sokong Israel dianggap haram’ – Majlis Ulama Indonesia gesa boikot produk berkaitan Israel appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar