-->

‘Aku taubat, takkan jejak dah Cameron Highlands’ – Lelaki terkejut kena bayar bil makan RM85 yang didakwa mencekik darah

Seorang lelaki dari Balok terkejut apabila dia terpaksa membayar bil RM85 untuk hidangan tiga pinggan nasi, semangkuk tom yam, telur goreng, kangkung belacan dan tiga minuman, semasa berkunjung ke Cameron Highlands pada bulan lalu.

Perbelanjaan ang berlebihan ini menyebabkan dia tidak mempunyai pilihan, selain meluahkan rasa tidak puas hati di media sosal.

Beliau kesal kerana kos keseluruhan lawatannya ke Cameron Highlands, telah melonjak ke tahap yang membimbangkan. Membuatkan dia terpaksa memendekkan tempoh percutian, untuk penjimatan.

Harga makanan berbeza mengikut hari

Berkongsi pengalamannya di TikTok, pengadu mendakwa harga makanan berbeza-beza, bergantung pada hari. Lebih mengejutkan aabila dia mendapati Roti John yang dibelinya dijual pada harga RM9 pada hari Jumaat, pada hari berikutnya dijual oleh kedai yang sama pada harga RM12.

“Pada hari Sabtu, saya pesan tom yam untuk makan malam. Saya memesan tiga pinggan nasi, satu tom yam, satu telur goreng dan kangkung belacan goreng yang berharga sekitar RM85.

“Berserta satu just oren, satu cawan teh panas dan satu teh limau nipis. Semuanya berharga lebih daripada RM80 dan saya rasa tidak percaya.

“Homestay yang saya duduk ini diiklankan di TikTok. Harganya RM220 semalam. Tetapi bila sampai di sana, harganya menjadi RM280. Pemiliknya kata ada harga lain untuk hari Jumaat dan Sabtu.

“Saya membelanjakan RM1,470 sepanjang berada di sini sejak Jumaat dan Sabtu. Saya tak membeli apa-apa kecuali beberapa buah strawberi dan satu kemeja-T. Selebihnya hanya dibelanjakan untuk makan dan homestay. Awal tahun lepas, saya hanya berbelanja RM600 untuk dua hari di lokasi yang sama,” katanya memetik laporan daripada New Straits Times.

Pengusaha perniagaan ambil kesempatan

Tambah pengadu, di tempat tinggalnya, dia boleh mendapat dua hindangn ikan siakap dengan harga RM85. Bukannya RM85 untuk tom yam dan telur goreng.

“Di Kuantan atau Balok, boleh dapat dua siakap untuk tiga orang makan dengan harga RM85. Tetapi di Cameron, hanya tom yam, telur goreng, kangkung goreng, nasi dan minuman. Memang gila,” katanya yang serik untuk datang ke Cameron Highlands.

Pengadu menggesa pengusaha perniagaan di Cameron Highlands tidak mengambil kesempatan dengan menggenakan harga tinggi kepada orang luar.

“Memang orang luar datang ke sana untuk berbelanja. Tetapi ini tidak bermakna orang di Cameron boleh ‘sakau’ dengan tidak mengenakan harga tetap. Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang terkena, tetapi mereka tidak pernah membangkitkan perkara itu di media sosial,” katanya.

Walaupun video tersebut telah dipadamkan, video tersebut masih boleh ditonton di YouTube.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna Negeri, Sim Chon Siang berakta, pegawai dari pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melawat lima kedai makan di Brinchang selepas menerima makluman mengenai video tular itu.

“Siasatan mendapati semua kedai menyediakan menu dan harga makanan dan minuman yang dijual di premis masing-masing disenaraikan dalam menu. Pegawai sedang mengumpul maklumat lanjut mengenai dakwaan kenaikan harga itu.

“Bagi mengelakkan penetapan harga yang tidak adil di masa hadapan, pelanggan boleh menyemak harga pada menu sebelum membuat pesanan. Sekiranya pengusaha makanan tidak memaparkan senarai harga, pelanggan boleh mengadu ke pejabat kementerian,” katanya.

Sumber: New Straights Times

The post ‘Aku taubat, takkan jejak dah Cameron Highlands’ – Lelaki terkejut kena bayar bil makan RM85 yang didakwa mencekik darah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar