-->

‘Aku bawak kau jauh-jauh, kau berak dalam bas!’ – Tular video pendatang asing lepas hajat dalam bas

Belum reda isu yang melibatkan penumpang bas yang mendakwa pemandu bas berkelakuan tidak senonoh, timbul pula isu baru yang berlaku di dalam bas.

Tetapi kali ini, pemandu pula yang bertindak menularkan tindakan penumpang yang disifatkan sebagai sangat pengotor.

Satu rakaman video tular memaparkan seorang penumpang bas yang dipercayai pendatang asing didakwa telah membuang air besar di tempat duduk penumpang. Ketika pemandu bas menuju ke arahnya, lelaki tersebut sedang membetulkan butang bajunya.

Tindakan lelaki itu ditegur dan dimarahi oleh pemandu bas.

“Aku bawak kau jauh-jauh, kau berak dalam bas. Basuh semua kerusi dalam ni.

“Mana tahi kau buang? Kau letak mana?” soal pemandu bas.

Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang alasan dan jawapan.

Sementara itu, netizen menyifatkan tindakan lelaki tersebut sangat tidak bertamadun dan mengotorkan sehingga menyusahkan pihak pengurusan bas.

Sumber: Isu semasa viral

The post ‘Aku bawak kau jauh-jauh, kau berak dalam bas!’ – Tular video pendatang asing lepas hajat dalam bas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar