-->

‘Wang bukan segalanya, jiwa kamu akan lebih tenang jika berbaik dengan ibu’ – Yusof Haslam menangis, dedah Syamsul sudah lama tak balik rumah

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam mengingatkan kepada anak lelakinya, Syamsul Yusof, agar tidak mencarinya dan isteri ketika mereka sudah tiada.

Yusof Haslam dalam satu kenyataan mendedahkan, Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia pulang ke rumah sewaktu neneknya sedang sakit.

“Mak dia ada hubungi dia, dia datang. Saya ada berjumpa dia, ada berbual sekejap dengan dia. Itu kali last (terakhir). Tapi sebelum itu lamalah, dah bertahun dia tak balik. Tapi tak apa saya tak mahu anggap yang bukan-bukan.

“Bagi saya sebagai seorang anak, mungkin ada benda yang dia tak puas hati, ada benda yang tersentak dengan ibunya atau dengan saya. Bagi saya, tak apa lah kami bagi masa.

“Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan mak dia. Tapi kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Sentiasa doakan yang terbaik buat anak

Kata Yusof Haslam, segala apa yang diluahkan oleh mereka bukan bermakna sengaja untuk merendahkannya sebaliknya sebagai ibu bapa mereka sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.

“Jangan menganggap apa sahaja yang papa dan mama luahkan itu sebagai kita nak merendah-rendahkan kamu. Tidak, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul.

“Papa rasa jiwa kamu akan lebih tenang jika kamu berbaik dengan ibu kamu terutamanya, dengan keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik,” katanya.

Rindu dan tiada istilah benci

Sebagai bapa, dia mengakui dia rindukan anaknya dan tiada istilah benci terhadap Syamsul.

“Of course (dah tentu) kita sayang anak kita. Tiada istilah kita benci anak kita. Tapi saya pun dah letih dengan benda ini. Jiwa saya dah tenang sebenarnya dengan Datin.

“Kita terima, kita reda dengan apa yang berlaku. Saya doakan yang baik kepada anak saya. Kepada Syamsul, saya doakan filem-filem yang diarahkan The Original Gangster akan dapat sambutan yang baik.

“Papa tetap akan menyokong kamu walaupun kamu tidak bersama Skop Productions. Demi Allah tidak ada perasaan dendam, benci tidak ada,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Wang bukan segalanya, jiwa kamu akan lebih tenang jika berbaik dengan ibu’ – Yusof Haslam menangis, dedah Syamsul sudah lama tak balik rumah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar