-->

‘Tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik & tak patut dicontohi’ – Mawar Rashid akui masih berusaha perbaiki diri

Keputusan pelakon Mawar Rashid untuk tidak lagi memakai tudung mengejutkan banyak pihak terutama 3.5 juta pengikutnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mawar melalui perkongsian gambar yang menunjukkan dirinya tidak lagi berhijab dan memohon maaf kepada semua kerana dirinya gagal beristiqomah.

Dalam kenyataan susulan, Mawar mengakui tindakannya itu mengundang banyak persoalan sehingga telefonnya dihujani dengan mesej dan panggilan telefon.

“Minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru on phone malam ni.

“I don’t have much to say about this issue sebab tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.

“Sungguhpun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja,” katanya.

Mengakui dirinya gagal, Mawar sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas tindakannya itu.

“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan cuba sedaya upaya untuk istiqomah selama ini.

“Tetapi saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini.

“Terima kasih kepada yang masih support saya, bagi kata-kata positif dan doakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya.

Sementara itu, abang iparnya, penyanyi, Datuk Ahmad Fazley Yaakob meminta orang ramai menghormati pilihan Mawar. Fazley percaya Mawar membuat keputusan itu selepas berfikir panjanng.

“Saya harap semua pihak menghormati privasi adik ipar saya. Keputusan yang dibuat pasti sudah difikirkan secara mendalam sebelum Mawar membuat perkongsian di Instagram.

“Saya doakan terbaik buat Mawar dalam menghadapi dugaan ini kerana saya pasti ramai akan membuat penilaian sendiri dan saya harap dia tabah,” katanya.

Sumber: Instagram Mawar Rashid, mStar Online

The post ‘Tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik & tak patut dicontohi’ – Mawar Rashid akui masih berusaha perbaiki diri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar