-->

‘Sedih bila tengok ramai yang buat trend muka gersang lagu Nirmala’ – Influencer dedah lagu Nirmala merupakan lagu kisah sedih Aisyah isteri Rasulullah yang difitnah

Ketika ini trending di aplikasi TikTok, tarian lagu Nirmala yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Trend tersebut bukanlah tarian berdasarkan lagu, tetapi trend menggayakan mimik muka dan pergerakan tertentu yang dianggap kurang menyenangkan oleh beberapa pihak. Trending yang sama juga dilakukan oleh beberapa personaliti radio.

Sedangkan menurut sesetengah individu, lagu Nirmala sebenarnya cukup indah susunan lirik dan melodinya. Namun apabila digunakan untuk trend sebegitu, menampakkan betapa segelintir masyarakat tidak peka dengan makna disebalik lagu itu.

Pempengaruh media sosial yang juga merupakan anak kepada Allahyarham Aziz Desa, Zhiddin Aziz mengecam tindakan sesetengah individu yang menggayakan trending tersebut.

“Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, Nirmala bermaksud tidak ternoda, suci. Tapi apa yang kelihatan dengan trend ni. Trend buat muka gersang mintak maki.

“Lagu ini berkenaan Saidatina Aisyah difitnah berdua-duaan dengan Safwan, sahabat Rasullah. Lirik tangis bagai gerimis, Aisyah menangis kerana difitnah. ‘Hati bak tasik pedih’, Aisyah menyembunyi tangisan kelihatan seperti air tasik yang tenang,” katanya.

Antara lirik lain yang membawa maksud tertentu adalah ‘cuba cari hakikat temukan azimat’ bermaksud, Aisyah bertunjangkan agama dan bertemu dengan kekuatan dan kerana peristiwa tersebut Rasullah buntu panggil Usamah dan Ali. Namun masih belum menemui penyelesaian.

“Akhirnya turun wahyu dari Tuhan. Ayat Al-Quran turun nafikan segala adu domba. Melalui surah An-Nur ayat 11, ‘Sesungguhnya orang yang bawa berita dusta itu ialah dari kalangan kamu.’

“Itu la maksud sebenar sebalik lagu Nirmala.

“Bila tengok orang buat trend muka gersang atas kisah isteri Rasullah, Aisyah difitnah. Saya rasa sedih sangat. Minum terasa duri, makan terasa sekam apabila memikirkan,” katanya.

Sumber: Zhiddinaziz

The post ‘Sedih bila tengok ramai yang buat trend muka gersang lagu Nirmala’ – Influencer dedah lagu Nirmala merupakan lagu kisah sedih Aisyah isteri Rasulullah yang difitnah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar