
Tentera siber atau cybertroopers merupakan sekumpulan individu yang ditugaskan untuk menyebarkan propaganda sehingga mencetuskan rasa percaya, panik dan benci masyarakat terhadap sesuatu perkara terutamanya berkaitan isu politik.
Disebalik misi yang mereka laksanakan, ada upah lumayan yang diperolehi. Pendapatan yang diperoleh pula bukan jumlah yang kecil tetapi sehingga mencapai jutaan ringgit.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang Penyelia Kandungan TikTok Perikatan Nasional (PN) yang dikenali sebagai Ratu Naga.
“Ada sesetengah (cybertroopers) dibayar mengikut projek dan ada yang dibayar ikut bulanan. Itu kategori macai lah.
“Ketua-ketua diorang dah ada team masing-masing (pembayaran). Sebagai contoh, isu tu besar, besar lah jumlah yang dia dapat. Pernah capai juta dan ratus ribu untuk satu-satu projek,” katanya.
Pendedahan itu katanya berdasarkan pengalamannya seketika dulu yang pernah bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu.
“Saya tahu lah nilai tu semua bukan kecik la. Sebab tu diorang sanggup sebar fitnah. Pendapatan yang sangat mudah dapat, duduk rumah je boleh buat macam-macam, tak payah tunjuk muka. siapa yang tak nak,” katanya.

Sementara itu dalam wawancara yang sama, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak cybertroopers ini memberikan kesan kepada negara dan masyarakat.
“Hasilnya, kita mendapat negara yang kurang stabil dan masyarakat makin hilang rasa bersyukur.
“Setiap kali sesiapa yang jadi kerajaan, akan dihentam dan sentiasa ada kekurangan. Kadang-kadang kekurangan itu ke tahap yang sebagai contoh kesusahan. Propaganda kesusahan itu dimainkan oleh sesiapa sahaja jadi pembangkang.
“Tentang kesusahan ni sejak dari zaman Datuk Seri Najib dimainkan. Tapi hari ni kita tengok tak habis lagi ceritanya. Jadi akhirnya dia pre-educate masyarakat,” katanya.
Sumber: Kool 101
The post ‘Pernah capai ratus ribu & jutaan ringgit’ – Ratu Naga dedah kerjaya sebagai cybertroopers lumayan sehingga ada yang sanggup sebar fitnah appeared first on The Reporter.