-->

Lelaki warga asing cabul pelajar di pasar raya telah didakwa di Mahkamah Klang, 27 Sept lalu

Lelaki warga asing yang mencabul pelajar perempuan di sebuah pasar raya dalam video tular semalam, telah ditahan pada 18 September 2023.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya di Sungai Buloh.

“Kita terima laporan mengenai kejadian dan saspek yang merupakan warga asing itu juga telah ditahan sejurus selepas kejadian,” katanya.

Saspek berusia 31 tahun itu juga telah didakwa di Mahkamah Klang pada 27 September lalu di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (AKSK) 2017.

Semalam, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu dicabul oleh saspek.

Saspek mengambil kesempatan melakukan perbuatan keji itu selepas wanita yang dipercayai ibu kepada mangsa, pergi ke lorong bersebelahan.

Mangsa yang terkejut dengan insiden itu segera berundur dan melarikan diri sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.

Saspek bagaimanapun tidak melarikan diri dan berpura-pura mahu mengambil barang di rak berhampiran.

Tidak beberapa lama kemudian ibu mangsa datang dan meminta kakitangan pasar raya menahan saspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

The post Lelaki warga asing cabul pelajar di pasar raya telah didakwa di Mahkamah Klang, 27 Sept lalu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar