-->

‘Kartun dia punya feeling macam tunggu drama pukul 7, kena pula dengan lagu XPDC’ – Walaupun kartunis Aie sudah tiada, karya ‘Blues Untuk Aku’ masih segar dalam ingatan

Mengimbas kembali ketika dunia tanpa gajet dan media sosial, bermacam-macam aktiviti dilakukan bagi mengisi masa yang terluang. Kanak-kanak riang bermain tanpa batasan dan remaja dan dewasa pula ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Ibarat kata ikatan silaturahim masyarakat ketika dulu sangat erat.

Selain melakukan aktiviti lasak lain, membaca buku juga antara menjadi minat setiap golongan. Buku komik antaranya menjadi tarikan dan sentiasa laris di pasaran.

Jika dulu, majalah Ujang antara majalah komik yang digilai oleh remaja terutamanya dalam ruangan karya Blues Untuk Aku yang diilhamkan oleh kartunis Aie.

Memetik sinopsis secara ringkas karya ini, Sahak adalah seorang pelukis bebas yang berfalsafah dalam kehidupan. Sahak mula mendapat peluang pekerjaan bersama seorang wanita mualaff yang bernama Jessica, sehinggalah pelbagai konflik timbul dengan kehadiran bekas suami Jesicca.

Menerusi karya ini juga terungkai segala konflik jiwa, persahabatan, kasih sayang dan bermacam-macam lagi.

Sehingga kini, karya Blues Untuk Aku diingati oleh semua pembaca walaupun kartunis Aie sudah meninggal dunia. Karyanya masih hidup dan diperkatakan ramai.

Sementara itu, ramai yang berkongsikan momen ketika membaca karya ini dan ada yang sentiasa menunggu keluaran seterusnya seperi menunggu konflik dan pengakhiran cerita drama pukul 7.

Untuk info, kartunis Aie meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di rumahnya di Sungai Manggis, Banting, Selangor pada tahun 2021.

Pemilik nama sebenar Saari Sulong itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 48 tahun.

Sumber: Malaysiaku Dulu-Dulu, MalaysiaKini,lensahatikenitra

The post ‘Kartun dia punya feeling macam tunggu drama pukul 7, kena pula dengan lagu XPDC’ – Walaupun kartunis Aie sudah tiada, karya ‘Blues Untuk Aku’ masih segar dalam ingatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar