-->

Elon Musk tawar perkhidmatan Starlink di Gaza, ‘pendatang haram’ menggelabah & cari jalan halang internet disambung semula

Rangkaian komunikasi di Gaza dilaporkan lumpuh sepenuhnya semalam dan sekali gus terputus hubungan dengan dunia luar, selepas Israel mengandakan serangannya ke atas wilayah berkenaan.

Tindakan Israel itu mengundang kesukaran kepada banyak pihak terutamanya kepada media dan pasukan perubatan untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Selain itu, banyak pihak yang menyuarakan kebimbangan Israel akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah perang yang lebih besar dan kejam terhadap penduduk Gaza, tanpa didedahkan kepada dunia.

Kejadian itu menarik perhatian jutawan Elon Musk yang juga pengasas Tesla dan SpaceX, untuk tampil menawarkan perkhidmatan satelit Starlink untuk menyambung internet di Gaza yang terputus dengan hubungan dengan dunia luar.

“Tiada terminal untuk sambungan komunikasi di Gaza. Starlink akan memberi sokongan kepada sambungan komunikasi kepada kepada organisasi bantuan diiktiraf antarabangsa di Gaza,” katanya melalui platform X, semalam.

Bagaimanapun, tindakan Elon itu menimbulkan ketidakpuasan hati Israel. Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata, pihaknya akan sedaya upaya menghalang tindakan Elon.

Shlomo turut menyatakan kebimbangan kumpulan Hamas akan menggunakan Starlink untuk aktiviti pengganas. Sebaliknya, Shlomo menyarankan Elon menyalurkan bantuan kepada warga emas, kanak-kanak termasuk bayi yang diculik.

Dalam pada itu, Israel akan memutuskan sebarang hubungan dengan Starlink.

Sumber: Harian Metro, X Elon Musk

The post Elon Musk tawar perkhidmatan Starlink di Gaza, ‘pendatang haram’ menggelabah & cari jalan halang internet disambung semula appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar