
Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan dalam ucapannya di hadapan ratusan ribu penyokong di perhimpunan pro-Palestin berkata, beliau akan memberitahu kepada seluruh dunia bahawa Israel adalah penjenayah perang.
Tegas beliau, Israel secara terbuka melakukan jenayah perang selama 22 hari. Namun pemimpin Barat tidak melakukan apa-apa, termasuk meminta Israel melakukan gencatan senjata.
“Kami akan memberitahu seluruh dunia bahawa, Israel adalah penjenayah perang. Kami sedang membuat persiapan untuk ini. Kami akan mengisytiharkan Israel sebagai penjenayah perang.
“..pemimpin Barat tidak boleh meminta Israel untuk gencatan senjata, apatah lagi bertindak balas terhadapnya,” katanya di perhimpunan solidariti ‘Great Palestine Rally’ di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.

Dalam masa sama, Erdogan menegaskan bahawa kumpulan Hamas bukan pertubuhan pengganas. Tetapi pejuang kemerdekaan yang menentang Israel cuba menjajah tanah Palestin sejak sekian lama.
Tambahnya, dunia Barat dan medianya pula menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
“Barat berhutang kepadamu (Israel), tetapi Turkiye tidak berhutang kepadamu.
“Mereka (Barat) mengalirkan air mata untuk orang awam yang terkorban dalam perang Ukraine-Rusia, namun senyap menyaksikan kematian beribu-ribu kanak-kanak yang tidak berdosa di Gaza,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post Presiden Turkiye isytihar pendatang haram adalah penjenayah perang & dunia Barat sengaja butakan mata appeared first on The Reporter.